05 September 2010

Gigi


Mama kata dah lama mama nak 'abadikan' gambar gigi pertama Fina dalam blog Mama Fina nih. Tapi tak berkesempatan. Akhirnya, mama berjaya tangkap gambar gigi Fina semalam.
Gigi Fina baru tumbuh sebatang saja. Gigi-gigi lain, nampaknya masih dalam gusi Fina kot.
Mama kata lagi, jadilah tumbuh sebatang pun nak dekat-dekat raya nih.
Boleh Fina makan banyak time raya nanti.

Ini gigi sulung Fina. Tumbuh belah gusi bawah. Aaaa..kena nganga besar sikit, mama nak ambil gambar.




Walaupun baru tumbuh sebatang, Fina boleh gelak besar-besar macam mama juga. Ha3x..



Ini pula mama tangkap gambar gigi dari jarak dekat. Takut orang tak percaya yang Fina dah ada gigi. Gusi-gusi yang masih clear tu, mama cakap sangat-sangat comel. Macam Fina masih baby lagi. Mulut pun tak ada bau.
Bila Fina dah ada gigi banyak sikit, mama cakap mama nak belikan Fina berus gigi. Biar gigi Fina putih, bersih dan tidak rosak.



Gigi Fina nan sebatang ni, masih belum tumbuh sepenuhnya. Baru tumbuh separuh. Mama cakap lagi, Fina sangat baik bila nenen. Walaupun gusi Fina gatal, tapi Fina belum pernah gigit mama. Baikkan Fina nih. Sebenarnya, Fina takut mama tak beri nenen lagi bila Fina gigit mama. Nanti Fina lapar loor..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails