1 Syawal

"Di pagi satu Syawal..hati sayu mengenang dirimu..."pagi raya yang beremosi. Sedih kerana tak dapat beraya bersama keluarga tercinta, terutamanya ayahanda tersayang. Nasib baik tak meleleh air mata ni masa telefon ayah pagi tadi. Jauh sudut hati saya ada rasa sedih, bukannya tidak gembira beraya di kampung mertua. Kat sini, keluarga saya juga. Cuma dah dari kecil beraya di kampung sendiri, bila dah bekeluarga, raya rumah mertua, mana tak sedih. Tak pe, dah lama-lama nanti biasalah tuh. Saya memang ber'emo' sikit bila tiba pagi raya. Teringat pada insan-insan tersayang. Pagi jelah, bila dah tengahari, emosi dah sedikit stabil dan saya akan kembali OK!
Buat ayahanda tersayang, Selamat Hari Raya Aidilfitri, ampunkan salah dan silap saya selama ini. Halalkan makan minum dan segala pengorbanan sepanjang membesarkan saya. Moga ayahanda diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk kita bersama-sama meraikan Aildilfitri pada tahun hadapan.
Al-fatihah untuk arwah ibunda tercinta. Kalaulah mak masih ada......
tears again:(

Comments

  1. Sabar lah ye ... nanti raya haji leh balik kampung sendiri pulak kan ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..