29 September 2010

Ros

Sebelum raya saya beli 2 pokok bunga ros untuk tanam depan rumah. Warna merah hati dengan warna peach. Ada 2 pasu lagi dah tanam pokok lavender dan keladi. Semuanya abang yang tanam. Bahagian bercucuk tanam ni, tugasan rasmi abang kat rumah. Dia takut kalau saya tanam bunga tu mati. Tangan panas ke..Kalau dekat belakang rumah pula, dah ditanam dengan sayur kangkung, bayam, halia, daun pandan dan pokok mengkudu. Serai tak menjadi pula. Gambar-gambar ros tu masa sebelum raya. Bila dah cuti raya seminggu kat Terengganu, habis bunga-bunga tu layu semua. Abang dah cantas dan sekarang dah tumbuh tunas bunga baru. Rajin pula pokok ros ni berbunga. Ros ni jenis yang tak kembang sangat. Bila tengok landskap rumah jiran-jiran, berkenan nak buat gak. Cantik tengok pokok-pokok bunga ni. Saya bab bunga-bunga ni minat sikit-sikit jer. Tapi bab mengemas rumah, memang saya suka. Kalau boleh nak rumah sentiasa bersih dan tersusun. Sedap mata memandang. Lagi satu bila balik kerja kalau tengok rumah bersepah, memang lagi letih jawabnya. Mulalah mulut nak muncung jer. Tapi kalau tengok rumah bersih, masuk rumah pun tenang je. Itupun kadang-kadang ada gak bersepah. Bila mood malas datang, memang tak boleh nak buat apa.


5 comments:

  1. boleh idup ke pokok bunga ni kalau k.az jaga?

    ReplyDelete
  2. ewah2...tu pasal bkn akak yg jaga..abang akak yg jaga. kalau akak jaga, takut layu lak..ha2...

    ReplyDelete
  3. haaa..faham tak apa maknanya tu. maknanya nampak sangat aku ni tak baca apa yg hang tulih...haa..jgn marah haa...nampak bunga cantik terus bagi comment. haa..skrg da baca ni nak comment ni..boleh hidup ko pokok lavender. konon2 macam kat negara mat saleh la tu tanam pkok lavender. Ni lagi satu nak comment, mana gambar2 pkok kangkung, bayam, halia,daun pandan ngan mengkudu? best banyak sayur, badan sihat. aku blkg umah tanam daun kunyit ngan daun kari ye. yg lain x idup! hai..panjang lak comment an..

    ReplyDelete
  4. ikien : nanti aku buat potpuri bunga tu, bagi ko..ha2..
    anim : dah agak dah..tengok gambar jo rajin..weh, ni lavender m'sia la. mestilah hidup. gmbr sayur2 kat blkg rumah belum ada masa nak ambik gmbr laie. bila balik, malas dah pegi blkg rumah. abg akak rajin hari2 duk siram tanam-tanaman kat rumah tuh..akak, tukang pilih nak beli bungo apo jo..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails