04 September 2010

Baju raya fina

Mama cakap tahun ni tema raya pertama kami warna pink.

Mama dah tempah baju kurung kedah untuk Fina pakai di pagi raya.

Mama pilih kain cotton agar Fina tak rasa panas. Maklumlah, Fina ni kuat berpeluh.

Sepasang je baju kurung Fina, selainnya mama belikan baju-baju ini:)


Ada baju pooh, ada baju bunga-bunga, ada baju seksi, ada baju tak seksi, ada skirt, ada gaun kembang, ada seluar jeans, baju tidur, pendek kata mama pilih baju Fina ambik saiz baby 3 tahun.
Mama takut Fina tak muat pakai kalau ambil saiz sebenar Fina.
Maklumlah, Fina kan banyak isi.


Mama kata, walaupun Fina tak puasa, Fina lagi banyak baju raya dari mama & baba.
Memang betul-betul-betul. Fina kan puteri sulung mama & baba. Semua persediaan tertumpu pada Fina seorang, jadi Fina dapat raya sakan la tahun ini.

2 comments:

  1. banyaknyaaaaaaaaaaa baju diaaaa ....

    ReplyDelete
  2. nieza : buat stok pakai sampai raya haji..hi2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails