N3 macam-macam
Bekerja di hari Rabu, bagaikan mood bekerja pada hari Isnin. Lemau je. Saya sakit tekak dari malam tadi. Mana taknya, selalu saya jarang-jarang minum ais. Balik kampung hari tu, 3 hari saya lantak ais. Dah ada depan mata, mana boleh tahan nak tengok jer. Ayah beli air tebu 2 hari berturut-turut. Mula-mula beli sebungkus, hari keduanya beli 2 bungkus lak. Maklumlah, ayah tengok laju je kitaorang minum air tebu.
Menu umi sepanjang 3 hari kami berbuka puasa di kampung. Kira yang mana saya ingatlah :)
Mee goreng, bihun goreng, mee kari, popia basah, ikan asam pedas, ikan masak lemak cili api, sup ikan, kuih badak berendam dan lain-lain lagi. Tak sempat tangkap gambar sebab skrin h/fon saya rosak. Nasib baik boleh repair dan boleh gunakan lagi. Kalau tak, kena beli h/fon raya la jawabnya.
Fina pula, seronok balik kampung kali ini. Semua orang layan dia. Bila atuk agah dia, dia ajuk atuk balik. Bila nenek batuk tutup mulut, dia pun buat sama. Bila atuk balik dari solat terawih, cepat-cepat dia pergi ke pintu ajak naik motor. Atuk pun bawalah naik motor. Pendek kata, memang Fina suka sangat sebab semua orang layan dan main-main dengan dia.
Bulan puasa ni, selain layan cerita Ular Emas, saya 'terlayan' gak cerita Syurgamu Ramadan. Bila dah 'terlayan', rasa best juga jalan ceritanya. Cerita pasal cucu-cucu yang tidak diterima oleh nenek sendiri.
Tapi bercinta nak tunggu jam 10.30 malam. Maklumlah, bulan puasa mata mengantuk, tidur awal. Saya tengok on9 jer kat tv3.com.my. Lagi senang, iklan pun tak da. 20 -25 minit dah habis 1 episod. Hari ini sambungan selepas Tun (Elly Suriati) terima panggilan telefon yang mengatakan Aishah (Zarina AF) mati bunuh diri. Aishah ni menantu pilihan Elly Suriati sebab nak langsaikan hutangnya. Saya rasa Aishah tu tak mati kot. Cuba bunuh diri jer. Tunggu episod malam ni baru tau jalan ceritanya.
Comments
Post a Comment