27 September 2010

Open ofis & open house

Sabtu lepas kami berjalan raya dari pagi hingga ke malam. Mula-mula ke ofis JPN 10.30 pagi. Ini pertama kali ofis buat Jamuan Raya hari cuti. Selalunya buat hari kerja. Ramai juga yang hadir, tapi bila nak makan taklah sesak kena berebut. Kira senang nak ambil makanan. Ada pertandingan Bintang AGC. Nyanyi-nyanyi lah. Meriah juga. Fina pun happy je. Bila orang tepuk tangan, dia pun sama. Lepas makan-makan, pergi rumah kak Wa pula di presint 9. Kak Wa jamu kami dengan nasi ayam.
Balik ke rumah, rehat kejap, pukul 3 lebih kami ke open house jiran dekat rumah. Ada 2 buah rumah. Tak habis lagi beraya, petang pula terus ke Setapak, KL rumah akak ipar. Buat open house juga. Dari Putrajaya ke Semenyih lepas tu ke KL. Balik dari Setapak, singgah ke Alpha Angle di Wangsa Maju. Shopping barang rumah kat Jusco. Lebih kurang pukul 12.00 malam baru sampai rumah.

Jom layan gambar Fina berhari raya di ofis mama.

Mama & Fina. Depan ofis mama.

Sedapnya Fina mamam..

la..la..la..Fina sukalah datang raya ofis mama..
^
^
^
^
dan
banyak-banyak gambar Fina haritu, mama paling suka yang ini :)

Hek..hek..Fina takut lah berdiri kat sini mama..Muka macam ginilah Fina buat bila dia merajuk..Comel tak..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails