06 September 2010

Siapa nak jaga?


Selsema saya semakin pulih. Sempat lah sihat sepenuhnya masa Raya nanti. Tapi virusnya menyerang Fina pula. Semalam baba dah belikan Fina ubat selsema. Nak bagi Fina ubat, mama kena kejar Fina satu rumah dulu. Memang perangai dari kecil, susah sangat nak makan ubat.

Hari ini Fina dihantar ke rumah pengasuh baru. Kaklong dah cuti rayo. Dah selamat sampai ke kampung pun. Lagipun anak-anak buah dah mula cuti sekolah. Balik awal sikit. Mula-mula nak hantar Fina ke taska dekat ofis, tapi dah penuh. Tanya pada ibu Fina Kak Ida (pengasuh Fina masa kaklong cuti pantang), tak dapat nak jaga sebab dia jaga baby. Akhirnya, hantar Fina ke Penjara Kajang. Suh banduan yang jaga. Biar Fina jadi anak tirai besi. Hi2.. Tak delah, memang hantar ke sana, tapi kat rumah akak ipar belah abang. Kak Ana - Mak uda Fina. Pagi tadi hantar, Fina ok jer. Tak pula menangis. Serah diri dengan tenang. Harap-harap Fina tak buat hal.

Esok pula, Kak Ana tak boleh tolong jaga. Nak balik kampung pagi. Harapan terakhir, diletakkan sepenuhnya pada Baba Fina. Esok abang cakap nak ambil cuti tolong jaga Fina. Lega, selesai satu masalah. Terima kasih abang. Esok malam kita balik raya kampung abang ye..Bukan saya tak mau bawa ke ofis, cuma bos saya belum start cuti. Takut tak boleh buat kerja lain bila Fina ada di ofis. Taulah Fina saya tu, anginnya tak menentu. Bila dah lama sangat kat ofis, boring pula dia. Lagi satu, buatnya dia kejap-kejap suh saya bobom nak nen, lagi tak boleh buat kerja lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails