28 September 2010

Reject EBM

Sebelum cuti raya haritu Fina tak nak minum susu waktu saya bekerja. Ingatkan time tu je dia reject. Rupanya lepas raya pun sama juga. Fina tak menyusu langsung waktu siang. Tak tahulah kenapa. Mula-mula saya tukar puting susu. Puting yang lama dah kembang sangat sebab dah lama guna. Sejak tu Fina dah tak nak menyusu lagi. Mungkin disebabkan puting susu tu keras kot. Tapi sebelum-sebelum ini, ok je bila tukar puting lain. Kalau minggu ni Fina tak menyusu seminggu, start minggu depan saya nak belikan ribena/jus oren. Lagipun air kosong Fina tak nak sangat. Minum sikit jer. Kalau air manis tu, laju jer dia.
Bila saya balik petang, dia terus minta nenen. Tak ada masalah bila direct BF. Waktu malam Fina BF macam biasa juga. 3-4x bangun waktu tidur malam. Cuma masalahnya Fina reject EBM waktu siang. Saya taklah risau sangat. Mungkin Fina nak berhenti menyusu waktu siang. Selagi dia nak makan dan minum, itu boleh menampung tenaga dia. Lagipun lagi 3 bulan Fina masuk 2 tahun. Kalau sekarang ni Fina dah mula sikit-sikit untuk berhenti menyusu, insyaallah, genap 2 tahun nanti tak ada masalah untuk Fina stop terus. Saya masih mengepam di ofis, hanya 1 sesi sehari. Dapatlah 2 botol EBM 5-6oz sehari. Bila Fina tak menyusu siang terus menerus seminggu ni, mungkin saya pun akan berhenti pam susu. Rasanya cukup sekadar Fina direct BF waktu lepas ofis dan waktu cuti hujung minggu. Bergantung kepada keadaan. Sekurang-kurangnya saya telah sampai ke satu tahap yang membuatkan saya berpuas hati terhadap pencapaian perjalanan BF saya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails