Lintas langsung dari Terengganu

Perjalanan ke Setiu, Terengganu berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Kami sekeluarga sampai ke kampung jam 10 pagi semalam. Dari Semenyih jam 10 malam. Masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke kampung. Berhenti di beberapa R&R dan singgah bersahur abang bungkus nasi ayam dan kami makan dalam kereta. Tak kisahlah lewat sampai, asalkan kami tiba dengan selamat. Cuaca tak begitu baik semalam. Hujan sepanjang perjalanan. Abang pun bawa tak laju. Kat kampung pun mendung dan hujan seharian.
Bagi perjalanan mengikut Lebuhraya Pantai Timur pada jam 12tgh malam hingga 6 pagi, tol adalah PERCUMA. Jimatlah sikit duit tol. Kereta banyak juga, tapi taklah begitu sesak. Rasanya ramai yang dah balik ke kampung secara berperingkat. Ada yang anak-anak cuti sekolah, dah balik awal. Ada juga yang balik malam raya. Tahun ini raya jatuh pada hari Jumaat. Mengikut kalendar. Lagipun mesti anak bulan tak kelihatan dengan keadaan cuaca semalam.
Fina pula, masih tak sihat sepenuhnya. Masa dalam kereta semalam, tidur tak nyenyak. Nak berpangku je dengan saya. Bila letak, menangis. Sampai kat R&R mana ntah, saya tak tau nama tempat tu, badan Fina panas. Saya paksa bagi ubat, habis Fina muntah 1 kereta. Singgahlah surau untuk ganti baju. Selainnya, Fina bangun 1 jam sekali untuk BF. Tak lena tidur. Dengan selsema dan demam panas. Asyik merengek. Manjanya bertambah-tambah. Bila tanya semua tak nak. Tak de satu pun yang dia angguk.
Kat kampung pula, tak boleh berenggang dengan saya. Selalunya Fina pandai main sendiri. Ini nak berkepit je dengan saya. Tak sihat lagi. Nanti bila dah ada sepupu lain yang balik, harap-harap Fina boleh main-main macam biasa. Kalau seminggu saya duduk di kampung ni, dengan keadaan Fina gitu, mau jadi stress saya. Hi2. Mana taknya, semua tak kena. Nak duduk tak boleh, nak buat kerja tak boleh, nak tidur pun terganggu. Macam tak puas hati semacam je Fina kali ini. Asyik menangis/merengek. Cepat-cepat sembuh ye Fina. Kita dah nak raya nih. Tak senang hati mama tengok Fina macamni. Cerialah sikit di Aidilfitri. Mama tak sabar nak tengok Fina pakai baju kurung pagi raya esok. Tapi dengan senyumanlah, bukan dengan amukan..
Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Moga segala amalan yang dikerjakan mendapat keredhaan dan ganjaran Allah. Berdoalah agar kita dapat bertemu semula pada Ramadhan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..