Perjalanan BF untill Jan 2010

  • Target pertama - BF fina tanpa solid food atau air kosong selama 6 bulan. (done)

  • Target kedua - BF fina sehingga berusia setahun dan diberi makanan tambahan. (done)

  • Target ketiga - BF fina sehingga berusia setahun setengah.

  • Target keempat - BF diteruskan sehingga fina berusia genap dua tahun.

Syukur, perjalanan BF dapat saya teruskan sehingga saya telah berada di fasa TARGET KETIGA sekarang. Saya akui bukan mudah untuk saya lalui semua halangan sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini. Hanya ibu-ibu yang melalui pengalaman sendiri tahu dan memahami betapa kuatnya semangat diri untuk hadapi rintangan dah halangan tersebut. Saya selalu menimba pengalaman dan ilmu berkaitan BF daripada blog-blog yang dikongsi oleh para ibu yang berada di laluan yang sama. Sekurang-kurangnya pengalaman ibu-ibu yang lain dapat membakar semangat dan kesungguhan saya untuk meneruskan target keempat. Terima kasih kalian. Walau kita tidak mengenali secara rapat satu sama lain, tapi saya tau, bagai ada satu 'hubungan erat' antara kami semua di alam maya.


Tahun 2010 diteruskan dengan rutin jadual pam (Spectra 3) saya yang sama iaitu sebanyak 3x sehari (waktu bekerja), lebih kurang 10-15 minit 1 sesi pumping (double pumping).

  1. Waktu pagi -antara jam 10 lebih -11 pagi

  2. Tengahari - time rehat antara jam 1.30 - 2 ptg.

  3. Petang - jam 4.30 ke atas.

Hasil EBM selepas 3x sesi pumping kat ofis.(sejak fina setahun,dpt 4 botol sehari je)

Purata susu yang saya pam sekarang ialah 12-14 oz sehari. Bekalan untuk fina sehari 4 botol, 3 fresh dan 1 stok frozen. Balik keje & malam, direct BF, begitu juga time cuti. Time malam fina akan BF 2-3x semalam dan rutin wajib waktu pagi sebelum pergi kerja, saya akan BF fina hingga kenyang. Setakat hari ini stok frozen yang tinggal lebih kurang 30pcs liner purata 3-4 oz setiap liner bagi bulan Okt, Nov, Dis. Bagi stok frozen Jan 2010 saya akan buat stok frozen 1 liner setiap hari baki dari 1 botol yang saya top up dengan frozen EBM pada hari berikutnya.


Alhamdulillah, sehingga hari ini saya tidak pernah lagi mengalami pengalaman 'kering' atau 'kurang' susu pada waktu-waktu tertentu, contohnya time period, seperti ibu-ibu lain yang hadapi masalah tersebut. Saya juga tidak pernah mengambil suplement tambahan untuk maintainkan pengeluaran susu. (tapi ibu-ibu lain yang berminat, sangat-sangat digalakkan). Cuma apa yang saya amalkan sehingga hari ini ialah pemakanan seimbang, minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari, minum milo+oat+nestum, lebihkan makan buah & sayuran, makan kurma di waktu pagi, elakkan minuman kafein, air gas dan ais juga beberapa amalan lain seperti N3 saya sebelum ini.


Mudah-mudahan dikuatkan semangat dan diberi kekuatan untuk saya meneruskan perjalanan BF tahun 2010 sehingga berjaya mencapai target keempat dan seterusnya menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu seperti yang disuruh dalam agama sendiri. Amin.

" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

[Surah Al-Baqarah, ayat 233]

Comments

  1. az..semoga ko berjaya ea..sekurang2nye ko dah berjaya 1thn.. ;) doakan aku berjaya mcm ko..hehe..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. sy dulu pun banyak menguatkan semangat nak BF anak ni. Alhamdulillah sy dpt menyusukan dia sehingga skrg. Next months anak saya masuk 2 tahun ;-)

    ReplyDelete
  3. hasmah : tq dear, sama2 la kita graduate BF baby sampai 2 tahun..chaiyok2!!
    fida: tahniah x lama lagi berjaya BF baby sampai 2 tahun. Bestnya kan!!Tabik spring kat awak!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu