Amalan pemakanan ibu yg BF

Sebenarnya sejak mula BF ni, baru aku blajar makanan ape yang boleh mengekalkan/membanyakkan pengeluaran susu..kot pegi cafe tu, asyik ler tengok kot2 ade lauk yg sesuai.memang terbatas selera, tapi sebab anak tersayang, kene la berkorban..setakat ini aku amalkan makanan2 berikut :
  • minum air kosong sebanyak mungkin.atleast 2 liter sehari.memang elok untuk sistem badan. sejak berkahwin, aku jadi tak suka pulak minum air sejuk/ais..terikut2 abg..aku ade baca satu article- ibu yg BF tidak digalakkan minum minuman sejuk. boleh sebabkan susu kering..taktau la betul ke tak. sgt2 digalakkan minum air suam. teringat citer masa aku dalam pantang. aku memang suka minum air. rasa haus aje. sampai ayah&kakngah pesan jgn minum air banyak.boleh sebabkan bengkak susu.padahal bengkak susu tu disebabkan faktor2 lain. ibu yg BF memerlukan air yang mencukupi.
  • minum madu asli HPA 1 sudu kecil sebelum tidur dan selepas bangun tidur setiap hari.
  • makan kurma 1 atau 2 biji setiap pagi sebelum pergi kerja.
  • sarapan dengan air horlicks/milo. (teh/nescafe/cofee tidak digalakkan)
  • ambil oat atau nestum.
  • minum soya organic/susu soya kotak
  • makan biskut Jacob high fibre/Mc Vities DIgestives/roti
  • makan buah betik/limau
  • makan nasi 2x sehari (ade sekali time rehat aku tak makan nasi, mkn ler KFC, nak tukar selera kononnya, rasa susu kurang pulak)
  • banyakkan ambil sayur-sayuran - sawi, bayam, lobak putih, jantung pisang.
  • tempe/tauhu/tau fu fa.
  • Milkmaid Tea (baru sekali aku minum, tapi memang berkesan. memandangkan stok susu masih banyak, aku masih belum amalkan minum milkmaid tea nih)
  • baru try Teh Kurma Merah Segera (Longan+Kurma) jenama SUPER.
  • makanan seimbang..(cukup dari segi zat karborhidrat/protien/vitamin/kalsium,dll

Sebenarnya banyak lagi makanan yg sesuai bagi ibu2 yg BF nih. tapi makanan2 ni la yg aku amalkan sejak start BF. dan yang penting, fina makan semua yang aku makan. macam time mengandungkan dia juga. cuma bezanya masa tu dia dalam perut. perkara yang paling aku suka ialah bayi yang BF dapat merasakan pelbagai makanan yang berbeza seawal usia bayi 6 bulan. berbeza dengan bayi yang minum FM, mungkin hanya rasa khasiat "rumput segar" pada awal usia mereka tersebut. terpulang la kepada ibu2 untuk memilih apa yang terbaik demi bayi mereka..


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu