BreasT FeeDing..(BF)

dah lama aku nak citerkan pengalaman BF ni. sebenarnya masa mengandung, aku tak penah pun terfikir susu ape yg akan aku beri pada anakku selepas lahir. yang ada dalam list barang2 kelengkapan baby ialah baju, set tilam, sarung tangan& kaki, mandian dll ler yg berkaitan dgn penjagaan baby. tapi aku ingat ade sekali je aku dengar ceramah pasal penyusuan susu ibu kat klinik Putrajaya. kelebihan2 BF nih.time tu aku prgnant 7 bulan. tapi mcm biase la, dgr2 gitu aje.tak de rancangan dan tekad untuk BF anak aku sampai sekarang. ceteknya pengetahuan aku masa tuh..hu..hu..


first time beri BF pada fina adalah suatu saat yg paling indah dan berharga dalam hidup aku..rasa terharu pun ada..ye la, perasaan jadi seorang ibu..memang tak dapat dilupakan.fina menyusu setelah 1 jam dilahirkan.mengikut kajian yg aku penah baca, memang time tu deria menghisap bayi kuat.tercari2 nen mama dia. kekuasaan Allah..tak payah diajar, bayi pandai menghisap susu ibunya sendiri..


masuk hari ketiga, fina telah kene jangkitan 'sakit kuning'. doktor nasihatkan agar bagi susu ibu setiap 2 jam sekali, dan lebih baik jika kerap. kejutkan bayi walaupun bayi tidur. aku risau sangat sebab ingatkan aku tak de susu..siap suh abang belikan susu FORMULA untuk bagi fina. ye la, bayi baru lahir hanya minum 'KOLOSTRUM'. itu sudah cukup untuk menampung perut bayi yang kecil. nasib baik mak mertua aku pesan, "bagi susu badan saja.jgn bagi susu tepung".Alhamdulillah, disebabkan pesanan tersebut, aku telah berjaya menyusukan fina sampai ke hari ini.TQ my MIL..ye la, mak kan dah berpengalaman menjaga anaknya seramai 14 orang..dan kepada kakngah yg menasihatkan aku supaya bagi susu ibu..mcm aku nasihatkan dia masa dia lahirkan kudip..nasib baik tak bagi susu lembu wooo..wakaka..


Selepas habis pantang, aku telah bertekad untuk BF fina walaupun setelah aku start bekerja. time tu la, aku msj member2 yang BF baby mereka selepas pantang. nak tau pam ape, jadual pam.yang selebihnya, aku blajar dari internet. baru la aku tau, kelebihan BF, cara2 uruskan EBM, stok susu, penyimpanan susu, pam susu yang sesuai dan pengalaman2 ibu yang fully BF..bermacam2..memang rasa bersyukur sangat2 dengan pengetahuan dan ilmu yang aku pelajari. sekurang2 nya aku tak terlambat untuk BF fina secara exclusive sampai usianya 6 BULAN.dan website pertama yang aku buka ialah SUSUIBU.COM. banyak forum daripada ibu2 yang BF baby mereka. dan buku pertama yang aku jadikan panduan untuk BF ialah 'PANDUAN PENYUSUAN BAGI IBU YANG BEKERJAYA'. dari kedai susuibu.com. @ bangi. buku ini jugalah aku beri pinjam kepada kaklong yang merangkap pengasuh fina untuk memahami dan belajar cara2 menguruskan susu ibu semasa aku bekerja. dan sejak hari tu, tak de lagi pertanyaan dari pengasuh fina terutamanya "kaklong&along" yang tak sabar2 nak bagi fina makan..hi2...susah nak explain, so guna cara ni la bagi diaorang faham..


bermula dari pam manual pureen (kaklong bagi), bertukar ke pam pureen bateri, dan akhirnya aku menggunakan pam Spectra 3 sehingga sekarang..dan inilah gambar stok2 EBM yang dapat aku kumpulkan sehingga hari ni.


dalam freez ni dah ade lebih kurang 50 bekas.purata 3-4auns sebekas.. kalau tak muat, letak rumah kaklong ler.

setelah start bekerja pada bulan 3, aku telah mengepam purata 20 auns sehari sebagai stok fina bagi keesokan hari nya. slalu aku tinggalkan 12-15 auns, selebihnya dijadikan stok EBM. dan malam, bagi direct BF termasuklah hari cuti. alhamdulillah, mudah-mudahan aku berjaya BF fina secara exclusive sehingga umurnya 6 BULAN.

"POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA"

"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga umur bayi 6 bulan dan meneruskannya hingga dua tahun (atau lebih)Makanan pelengkap boleh dimulakan pada umur 6 bulan."




Comments

  1. BF dah... biler lg nk berCD???
    muahahhaa!!! kodokut pait...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu