Perasaan menjadi Seorang Ibu..



Baru aku tahu, bukan mudah menjadi seorang ibu..perlukan pengorbanan, kesabaran dan ketabahan..bukan sahaja berjuang saat menempuh sakit ketika bersalin, tetapi terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak..dan yang paling utama ialah, kasih sayang yang dicurahkan. tak ternilai dengan kata-kata. seorang ibu sanggup menyerahkan segala-galanya demi anak tercinta. baru aku faham maksud "Syurga itu di bawak tapak kaki ibu". tapi mampukah seorang anak membalasnya..walau tidak mampu dari segi harta benda, mungkin hanya dengan perbuatan. doa dan harapan aku mudah-mudahan NUR AZWA SAFRINA menjadi anak yang taat dan mampu menjaga serta menghormati mama&baba nya apabila dewasa kelak sepertimana kami membesar dan mendidiknya..amin..

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..