SaAt-SaaT KeLaHiRan..


Lebih kurang pkl 1.15 pagi aku telah dimasukkan ke Dewan Bersalin. abg menemani aku. tiba-tiba, aku rasa mengantuk sangat-sangat. sebab ubat tahan sakit rasanya. dalam masa yg sama, aku rasa sejuk, mengigil-gigil kaki. katil memang dah basah dgn air ketuban. bidan dtg untuk check jalan. baru buka 6cm. so, kene tunggu 10 cm baru aku boleh bersalin. YA ALLAH, memang pelbagai rasa dalam fikiran aku ni. abg yang setia menemani aku, telah memberikan semangat terhadap aku. suh aku bersabar...rasa haus sangat, tekak kering. nasib baik ade sinki kat dalam bilik bersalin tersebut. aku minta abg untuk berikan aku air. minum la air paip yg diletak pada jari2 tangan abg. sedihnya, bila ingat.lebih kurang pkl 4.30 pagi, rasa sakit yg amat sgt. macam2 surah aku baca dalam hati. minta dipermudahkan oleh Allah.bidan telah bersedia untuk menyambut kelahiran anak pertama ku.Dengan segala kudrat yang aku ada, aku telah berjuang dan berusaha untuk melahirkan anak ku ini. Alhamdulillah, tepat 5.02 pagi, aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan..rasa sakit yang amat sangat tadi, tiba2 hilang..hanya kegembiraan dan kesyukuran yg aku rasai pada saat ini. baru aku tau, betapa besarnya PENGORBANAN menjadi seorang ibu....dan antara saat paling indah dalam hidupku ialah bila kali pertama aku menyusukan anak ku sendiri..betapa perasaan itu sukar digambarkan dgn kata-kata..

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu