Dah pandai ape?

Fina di usia setahun seminggu, dah pandai :
Berjalan setapak dua.
Sibuk 'mengemas' kat dapur bila saya nak masak.
Malam, main sampai penat, baru nak tidur.
Berguling2 satu tilam sebelum tidur.
Pagi bangun lewat sekarang. Sebelum setahun, slalu pukul 6 lebih dah bangun.
Bila nak suap makan, cakap 'mam..mam..mam'
Memanjat mana2 yg lepas dan turun sendiri.
Cakap ' athan' iaitu 'ikan' (baba ajar masa makan kat Village View).
Pergi ke bilik air sendiri bila dah siap buka baju nak mandi.
Nak pegang stereng kereta bila masuk je kereta.
Dah pandai 'amin' @ salam (mama No.1 nye ajar)
Suka bila bawa berjalan keluar rumah.
Dah faham bila saya marah, fina akan dtg kepada saya dan senyum2. macam 'memujuk' ler tuh.
Mengerjakan lipstik saya. (habis la dicucuk2 dengan jari yg kecik tuh)

Aktiviti terbaru Fina - main stereng keta& cucuk lipstik

*** Semakin murah rezeki kami sekeluarga dengan kehadiran fina dalam hidup kami suami isteri. Syukur, alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu