Layan dulu gambar-gambar makanan yang dibawa secara potluck oleh ahli-ahli picnic. Banyak sangat sampai tak termakan sebab kekenyangan tahap melampau:) Antara menu barbecue - ikan bakar, ayam bakar, lamb chop, sosej, burger dan yang dibawa - nasi kerabu, lemon rice, pasta, bihun goreng, sandwich, coleslow, jagung, tembikai, salad, rambutan, kek coklat, puding, keropok, air kotak. Mana tak hongeh perut duk makan, banyak sangat makanan. Tapi makan ramai-ramai memang seronok. Sabtu lepas, kami 1 Unit ke Ulu Yam untuk berpicnic. Di tepi air sungai, bermandi manda dan tentulah sambil makan-makan. Dari kiri - En Parma, En Shafiq, En Nawawi, Cik Ira, Pn Azura, Cik Shu En, Cik Najwa, Pn Imah, Pn Alwani, saya, Kak Elly, Cik Jazilah dan Pn Norizan (bersama 2 anaknya). Masa ni meraikan sambutan Birthday Cik Shu En dan Cik Najwa yang lahir pada bulan Julai. Inilah yang hadir pada hari tersebut, kami 1 unit 13 orang semuanya. Tak termasuk ahli keluarga lai...