Ramadhan 2013
Sedar tak sedar telah menghampiri 7 Ramadhan. Begitu pantasnya masa berlalu. Ada yang diberi peluang untuk meneruskan Ramadhan tahun ini, dan tidak kurang juga ada yang telah dipanggil menyahut Pencipta sebelum pun sempat melangkah ke bulan yang mulia. Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang tahun ini. Moga Ramadhan kali ini menambahkan lagi ketakwaan kita terhadap-Nya. Saya meneruskan rutin harian seperti biasa, cuma waktu bulan puasa, saya menukar waktu kerja. Masuk awal, 7.30 pagi, jadi boleh balik awal 4.30 petang untuk elakkan kesesakan lalulintas. Dan tentunya seperti target setiap Ramadhan, saya ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga saya. Alhamdulillah, setakat 7 hari ini, saya berjaya memasak menggunakan air tangan sendiri. Dan kemeriahan berbuka puasa, ditambah dengan anggota kecil keluarga kami - Fina dan Fiqah. Start semalam kami berbuka puasa, bentang tikar di bawah. Susah na...