Ramadhan 2013

Sedar tak sedar telah menghampiri 7 Ramadhan. Begitu pantasnya masa berlalu. Ada yang diberi peluang untuk meneruskan Ramadhan tahun ini, dan tidak kurang juga ada yang telah dipanggil menyahut Pencipta sebelum pun sempat melangkah ke bulan yang mulia.
Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang tahun ini. Moga Ramadhan kali ini menambahkan lagi ketakwaan kita terhadap-Nya.
 
Saya meneruskan rutin harian seperti biasa, cuma waktu bulan puasa, saya menukar waktu kerja. Masuk awal, 7.30 pagi, jadi boleh balik awal 4.30 petang untuk elakkan kesesakan lalulintas. Dan tentunya seperti target setiap Ramadhan, saya ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga saya. Alhamdulillah, setakat 7  hari ini, saya berjaya memasak menggunakan air tangan sendiri. Dan kemeriahan berbuka puasa, ditambah dengan anggota kecil keluarga kami - Fina dan Fiqah. Start semalam kami berbuka puasa, bentang tikar di bawah. Susah nak makan bila di meja makan. Acik Fiqah sibuk nak berpangku, join makan sekali. Manalah mamanya nak kenyang.
Saya belum pecahkan rekod mengunjungi bazar ramadhan, teringin gak pergi, cuma bila dah siap-siap  masak, letih lah pulak. So, tugas mengunjungi bazar Ramadhan diserahkan kepada abang. Dia boleh beli kuih-muih atau air untuk topup juadah berbuka kami.
 
Tak ada apa yang berbeza, rutin yang sama, aktiviti yang sama cuma yang berbeza ialah penambahan amalan untuk Allah SWT. Selamat berpuasa, salam Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..