3rd baby ~ 38 Minggu

Alhamdulillah, 3rd baby dah memasuki ke 38 minggu. Lebih kurang 3 minggu lagi menghampiri tarikh due. Sekarang ni pun kalau diikutkan, saya boleh bersalin bila-bila masa. Pasang mood standby sebarang kemungkinan. Mudahan 3rd baby keluar time mama nya sedang berehat2 di rumah. Manalah tau, kalau tiba-tiba nak keluar time kerja, mau haru juga nak adjust macamana. Beg mama & barang baby dah ada dalam kereta. Cuma beg untuk isi makanan untuk dibawa ke hospital - kurma, biskut, 3in1, air kosong, itu belum sediakan lagi. Checkup di Klinik Rinching bulan ini start seminggu sekali. KPMC pula, last checkup insyaallah pada 22 Mac 2014 ini. Setakat ini 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cuma mama rasa letih bila buat kerja banyak, biasalah tu, dah minggu-minggu akhir. Jalan banyak pun hongeh. Start 31 Mac 2014 ini saya nak cuti terus, tak larat dah nak kerja, lebih-lebih lagi kena harung jem pagi-pagi. Balik clear pula sekarang, jalan ke Semenyih memang agak pelik tahap jem nya....