Mac 2016

Mac antara bulan istimewa dalam keluarga kami iaitu bulan meraikan ulangtahun pernikahan saya dan abang serta sambutan ulangtahun kelahiran Fittriah. 10 Mac 2016 ~ usia pernikahan kami telah memasuki 9 tahun. Mudahan Allah memberkati dan memberikan kebahagiaan terhadap hubungan ini. Mudahan juga kami menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk 3 puteri kami. Amin:) Fittriah pula telah genap usianya 2 tahun pada 27 Mac 2016. Alhamdulillah. Fittriah membesar dengan sihat seiring dengan usianya. Memandangkan mama dah sambut besday Fittriah combine dengan akak Fina dan Fiqah Disember lalu, jadi kali ini mama buat makan-makan simple sahaja. Menu kali ini ialah mix flavour cheese tart dan satey. Parti besday di gerai mama dua sahaja Jumaat lepas. Untuk kawan-kawan di taska, mama dah sediakan goodies beg untuk beri kawan-kawan Fittriah. Doa mama : Moga Fittriah dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik, anak yang solehah, anak yang berjaya pa...