Raya 2015

Raya Pertama Berhari raya di rumah mak Norma- mak angkat di pagi raya. Tunggu abang balik dari Kajang dan sebelah petangnya beraya di kampung Melaka. Rumah Nenek Sarah, rumah Maklang Ina, rumah Paklong Tanduk, rumah Pak Andak, rumah nenek Birat dan last sekali singgah rumah mak tua. Kat kampung Pondok Kempas, Selandar ini semua keluarga belah ayah dan arwah mak kebanyakannya tinggal di sini. Raya Kedua Duduk rumah sahaja sebab keluarga belah ayah nak datang beraya. Raya Ketiga Bawa ayah dan umi berhari raya. Mula daripada rumah maklang di Jelai 4, terus ke Petaseh, Jelebu rumah bapa saudara Umi, terus ke Seremban rumah arwah nenek Seremban di Temiang, ke rumah makcik (akak umi) di Senawang dan rumah nenek uda (mak saudara umi) di Taman Marida, Senawang. Balik pula singgah di Rembau rumah makteh (akak umi). Raya Keempat Abang ajak balik ke Semenyih belah malam. Sebelum itu sambung raya di kampung Melaka. Raya rumah Makngah Senah, Makcik Noi dan rumah Mektam. Se...