Majlis Kesyukuran dan Hari Lahir

Tanggal 2 Jan 2016 yang lepas, saya dan abang telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan sambutan Hari Lahir untuk Fina, Fiqah dan Fittriah. Combine sekali semua sebab masa birthday Fittriah yang setahun lepas tak jadi buat. Fina 1 Jan dan Fiqah 25 Dis. Abang jemput orang surau di taman kami untuk membaca doa selamat selepas solat Zohor. Menu untuk hari tersebut : nasi goreng cina, ayam goreng tepung, paprik campur, wedges, agar-agar, buah tembikai, bubur kacang hijau kuih seri muka (kaklong bagi), laksa (umi bagi), kek frozen dan cupcake. Semuanya dimasak sendiri dan saya minta kaklong tolong masakkan nasi goreng cina & goreng ayam. Kali ini abang sewa khemah depan rumah agar selesa tetamu yang hadir menjamu selera. Ramai juga yang hadir. Terima kasih pada nenek, ayah umi, adik beradik, ipar duai, sahabat andai dan jiran-jiran yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Mohon maaf jika ada kekurangan atau terlupa nak jemput. Tak menang tangan sebenarnya bila nak uruskan majl...