Cuti Hujung Tahun

Percutian keluarga untuk hujung tahun lepas saya pilih Port Dickson sebagai destinasi pilihan. Mulanya nak pergi Bukit Tinggi, tapi tak jadi. Mungkin ada masa yang sesuai kami akan ke sana. Kali ini saya sekeluarga melawat ke Muzium Tentera di Port Dickson sebelum menginap di Puteri Beach Resort. Ramai juga pengunjung sebab cuti sekolah. Melawat muzium sinonim dengan minat abang yang suka membaca sejarah dulukala. Besar juga Muzium tentera ini, kalau rajin membaca sejarah penubuhan dan perkembangan tentera memang banyak ilmu yang kita dapat di sini. Saya? setakat tengok gambar rajinlah :) 

Muzium Tentera PD
Petangnya check-in di hotel kemudian bawa anak-anak bermain di tepi pantai. Malam pula kami makan seafood di medan ikan bakar Pasir Panjang. Pagi bawa anak-anak berendam di kolam renang dan kemudian bertolak balik ke kampung saya untuk saya habiskan cuti seminggu di kampung pula.
PD
Hujung minggu di kampung, ayah ajak pergi kenduri kahwin di kampung saya dan satu di rumah saudara Umi di Juasseh. Kami pulang ke kampung nenek di Selandar untuk ziarah nenek di sana. Dalam perjalanan balik ke sini, kami singgah sekejap di Melaka Premium Outlet, Simpang Ampat Alor Gajah bawa anak jalan-jalan.

MPO 

Itu sahaja percutian ringkas penamat tahun 2015. Tak kisahlah kemana pun destinasi pilihan, yang penting dapat luangkan masa bersama anak-anak itu antara aktiviti yang paling berharga.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu