2016

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah pada pembukaan tahun 2016. Banyak peristiwa yang tak terduga berlaku dalam pengakhiran penutup penghujung tahun 2015 lalu, namun saya yakin semua yang berlaku adalah perancangan terbaik Allah dan kita sebagai manusia perlu percaya pada takdir-Nya.  Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk permulaan tahun ini, moga Allah permudahkan segala urusan mendatang terutamanya dari segi kerjaya saya. Amin.

Awal tahun ini Fina telah memasuki darjah 2 dan Fiqah telah bersekolah di Taska Qausar untuk kelas usia 5 tahun. Semalam telah bermula persekolahan Fina dan Fiqah. Syukur, anak-anak saya tidak meragam di hari pertama persekolahan. Fiqah seronok dapat sekolah dan Fittriah pula masih tinggal di taska lama. Lega Fittriah tak menangis nak ikut mama pergi kerja.  Saya telah bercuti 2 minggu sebelum masuk tahun baru, jadi lama meluangkan masa dengan anak-anak di rumah. Tu risau mereka meragam untuk mula jadual harian baru minggu ini. Rutin harian berjalan dengan lancar, pagi saya mandikan Fina dahulu dan kemudian Fiqah. Fittriah pula babanya akan ambil alih tugasan untuk mandikan dia. Seorang akan minum sebotol e-man koko untuk alas perut sebelum pergi ke sekolah.  Jam 7 pagi keluar hantar mereka ke sekolah masing-masing. Semalam saya hantar Fiqah dan Fittriah, Fina pula babanya hantar. Hari ini Fina nak saya hantar ke KAFA, jadi Fittriah babanya hantarkan. 

Fiqah dengan uniform Taska
Pagi Fina sekolah KAFA, habis sekolah kaklong akan tolong ambil Fina dan petang sekolah kebangsaan balik babanya akan ambil pula. Lewat habis sekolah, jam 6.30 petang baru boleh balik. Kadang-kadang kesian dengan anak-anak. Balik dekat dah nak malam, seharian dengan aktiviti sekolah. Dalam usia muda mereka tak kenal erti letih, masih aktif dan sambung main pula di rumah. Saya latih anak saya untuk tidur awal. Paling lewat jam 10 malam mereka dah tidur. Bukannya apa, biar mereka cukup tidur untuk bangun awal keesokan harinya. 

Rutin harian sibuk dengan menguruskan anak-anak. Mudahan mereka membesar menjadi insan yang berguna.



Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..