Shopping barang 3F

Kali pertama shopping di Lazada. Lama dah saya tinggalkan hobi shopping online sejak dah tak beli barang-barang breastfeeding untuk Fittriah. Pam pun dah simpan dalam almari ;) Seingat saya, selepas itu saya shopping online di Aqeela Muslimah dan Balqisya untuk baju. Sumbangan duit raya yang 3F dapat tempoh hari saya gabungkan dan bahagi sama rata untuk masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka. Selebihnya saya survey barang-barang yang sesuai untuk aktiviti mereka bersama di rumah. Batal hasrat pertama nak beli tab bila dah baca pro & kontranya. Jadi saya pilih 4 barang ini untuk lekatkan duit raya 3F tahun ini : Khemah princess 1 - Khemah Princess Khemah ini tinggi sikit jer daripada Fittriah. Fiqah letak tilam kecil sebagai alas di bawah dan susun anak patung kecil di tepi-tepi khemah. Ini tempat mereka bermain pondok-pondok ;) 3 orang sekali berbaring dalam tu sambil borak-borak. Fiqah cakap ini rumah ika. Bila hujung minggu saya suruh dia kemas rum...