Hari Lahir

Alhamdulillah..... Sudah masuk ke penghujung September 2016. Bulan ini ulangtahun kelahiran saya yang ke 34 tahun. Doa dan harapan saya moga Allah berikan keberkatan dalam kehidupan saya, diberi kesihatan, rezeki dan hidup bahagia bersama insan-insan tersayang dalam perjalanan seterusnya.. Syukur saya dijodohkan dengan suami yang membimbing saya menjadi insan yang baik dan belajar menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Mudahan kasih sayang kami kerana Allah ini dirahmati dalam melayari bahtera rumah tangga bersama 3 puteri amanah dari-Nya. Amin. Seperti biasa, tiada suprise daripada suami tercinta..ha2..sebab saya tau jenis orangnya adalah begitu. Cuma tahun ini saya diberi hadiah sebagai tanda ingatan daripada bos-bos dan kawan-kawan di pejabat. Hadiah terawal daripada ex-bos yang dah pindah ke Mahkamah. Sekeping kad ucapan, ole-ole daripada Swisszerland/London dan kiriman sampul hari raya berisi wang. Lebih kurang 3 tahun saya bekerja di bawah beliau...