27 April 2009

5 HaRi SeBeluM FinA LaHir..

ni ler gambar time pregnant..8 bln..

27 DISEMBER 2009 (SABTU)

Bestnye, dah start cuti..aku jlnkan rutin kat rumah seperti biasa. kemas rumah, cuci baju, nyapu, masak, bla bla...abg ade kelas hari ini. so, tak kuar pegi mana..duk rumah aje rehat.

memandangkan due dah dekat, abg asyik risau.aku apply cuti rehat terus sampai la due 30.12.2008. tak sabar nak tunggu cahaya mata pertama kami. mlm tu, lbh kurang pkl 10.30 mlm, tiba2 aku rasa mcm ade air turun. jernih semacam je.aku tepon kngah..nak confirmkan itu air ketuban ke tak..maklum la, tak de pengalaman.dia ckp memang air ketuban tuh..abg pun ape lagi, cepat2 suh siap pegi hospital.aku memang bercadang nak bersalin kat Hospital Serdang.tak tau la kenapa.padahal rumah kat Kajang.rasa mcm lagi selamat bersalin kat situ.masuk la kat tempat checkup tu.rasa berdebar2, takut, gelisah..mcm2 perasaan la. nak kata sakit, tak rasa langsung.so, doktor check 'jalan' baru 2cm dia ckp.air ketuban pun penuh lagi.nampaknya, anak kami belum nak lahir lagi..dah siap scan baby semua, aku pun disuruh balik.rasa dah pkl 1 time tuh, terus aku balik tidur..nampaknye, tak jadi bersalin malam ni..bikin kecoh ler. kwang2..

28 DISEMBER 2009 (AHAD)

Duk menghitung hari je la, tunggu baby kuar.hari ni rasa ok sikit.segar je.tapi tidur tak la lena sgt. rasa badan sakit2.memang gini la org ngandung, sengal2 badan. nasib baik tak kene kejang kaki..aku penah kene 2x time ngandung ni.sakit giler..nasib baik abg ade, tolong urutkan tgh2 malam tu.org kata tak boleh sejuk. tapi btul gak, aku kene tu, time hari hujan. sejuk urat kot..so, duk rumah je la.nak pi jalan pun malas.macam biase, mkn, tidur, rehat, tgk tv, bla2...

29 DISEMBER 2009 (ISNIN)

Sejak pagi tadi aku rasa sakit pinggang sgt, pastu tarik hingga ke perut..start pkl 4 pagi, 1 jam sekali. aku tahan gak. org kata kene tunggu sakit tu makin lama, makin cepat. pastu, 20 minit sekali..sakit mcmana nak ckp ntah.nak tidur tak kene, baring tak kene, semua tak kene...aku cuba gak bertahan. lbh kurang pkl 12.30 mlm, aku rasa tak tahan.sakit berulang2 dtg.aku siap catat kat kertas jam berapa kene.dah 10 minit sekali ni, abg suh pi hospital. risau tgk aku tak tidur2.pegi la hospital serdang..masuk bilik checkup, baring kat katil, tunggu doktor check. belum nak bersalin lagi doktor ckp. so, dia suh aku balik.dah tak tau mcmana nak ckp ntah. sakit rasa nak bersalin, tapi jalan tak bukak2 lagi..so, balik la lagi mlm ni.

30 DISEMBER 2009 (SELASA)

Sakit tak henti2 lagi semalam. masuk hari ni, dah 2 hari 2 mlm aku sakit.ya Allah, permudahkan kelahiran anakku ini.tak henti2 aku panjangkan doa.aku jadi fobia tengok jam kat dinding rumah tu. terus aku suh abg alihkan jam tu. pegi rumah kaklong, kakngah pun ade kat sana. aku nangis ngadu kat diaorg. nak pegi hospital, doktor kata belum nak bersalin, aku pun tak tau nak buat mcmana. kaklong& kakngah rendamkan akar fatimah.suh aku minum dan sapu kat perut.mana tau, mudah2han cepat bersalin. malam ni, tidur kat sofa. baru terlelap 2 minit, sakit dtg lagi.tak blh langsung tidur.aku bertahan sampai pagi...aku tekad, dah betul2 nak bersalin, baru nak pegi hospital..

31 DISEMBER 2009 (RABU)

Sakit dari malam tadi, sampai la ke pagi.rasa pinggang aku rasa sakit sgt2..aku mintak abg tolong call makcik ana, tanya petua utk cepat bersalin. dia suh aku makan telur separuh masak 3 biji. aku makan ler, tapi blh telan 2 biji je.yg lagi sebiji, abg ler yg makan..ha2..pastu, aku try msj kak ida. dia ckp suh aku sapu minyak 1001 tu kat perut. dan lagi satu petua, dia suh aku minum air laici kotak.kurang sikit sakit.rasa tak tahan sgt,ajak abg pi jumpa kak ida kat puchong. dia ckp ank sulung memang susah sikit. sakit still sama, 10minit sekali. memandangkan hari ni ade regular check up kat klinik putrajaya, aku dgn abg pegi la. sampai kat kaunter, nurse tu suh pi hospital aje kalau tak tahan.dia takut aku tak larat nak tunggu. kami pun balik rumah. dlm pkl 5lbh, aku ajak abg kuar pegi semenyih. kononnya nak lagi cepat bersalin. so, nak ajak la berjalan2 ke. tapi tak tahan sgt, ajak la abg balik. pusing la balik rumah. dlm pkl 7 kaklong dtg. dia suh aku pi hospital je. aku memang tak de selera nak mkn. aku sempat mkn roti sekeping. bersiap2 pegi hospital lepas magrib. lepas doktor check, dah bukak 4cm. terus kene admit....

1 comment:

  1. tak sangka baru la ni tau mcm mana seksanya kak as nak bersalin, dulu aku anak 1st kuar darah skit pastu terus gi sjmc, dah buka 2cm pun kena tahan wad sampai doc masuk ubat cepatkan 'bukaan' dan pecahkan air ketuban, tak ada pulak doc suruh balik.. kes pertama aku dgr ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails