Tahniah!

Berita baik daripada 2 orang sahabat baik saya.
Suzi - kawan saya ketika berusia 16tahun masa sekolah di Teknik Juasseh dan sekarang kami telah bersahabat lebih 10 tahun telahpun selamat melahirkan seorang putera pada 17 Januari 2011. Ini anak keduanya. Itupun saya baru tahu semalam semasa menelefon beliau masa nak tanya jalan ke cawangan Maxis Centre di Seremban. Ingatkan dia ada kat Seremban, bolehlah datang jumpa, rupanya dah berpantang di kampung. Sungguh, memang saya tak terima sms dari Suzi. Katanya dah dihantar pada semua. Mungkin tertinggal nama saya agaknya :( Yelah, msj satu, diforwardkan ramai-ramai. Tapi tak apalah, minggu ini saya bercadang nak melawat Suzi di kampung. Tak sabar nak tengok baby.
Kak wa - ini pula kawan karib saya sejak makan gaji dengan gomen. Alhamdulillah, lebih kurang 3 tahun lebih menunggu, akhirnya kak wa telah disahkan pregnant anak pertama. Dah masuk 4-5 minggu usia kandungannya. Saya tumpang gembira. Bila kita berkahwin, soal zuriat memang diidam-idamkan oleh semua suami isteri. Cuma rezeki dari Allah itu lambat atau cepat sahaja.
Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat saya. Moga mereka diberikan kesihatan dan kebahagian bersama keluarga tercinta.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu