Stok EBM kurang????

Stok frozen EBM setakat Sept 2012 Hampir genap 9 bulan usia Fiqah. Dan hampir KURANG stok frozen EBM dalam peti ais. Bekalan harian Fiqah di taska masih kekal sebanyak 4 botol sehari. Walaupun Fiqah makan 3 kali di taska, namun susu yang dibekalkan, tetap dihabiskan dengan jayanya. Seperti biasa, bila anak dah start makan, susu yang dipam setiap hari akan berkurangan secara semulajadi. Ini berlaku pada diri saya. Kalau dulu dapat 4-5 botol sehari, sekarang hanya 3 botol sehari. Memandangkan bulan puasa tempoh hari saya telah menggunakan stok frozen EBM tanpa 'refill' semula stok baru, jadi stok memang sangat-sangat kurang. Mula minggu lepas saya berusaha untuk menjadualkan semula dan merajinkan diri mengepam di malam hari. Cukup untuk refill satu botol sehari, maka stok akan sentiasa ada dan dapat dijana dengan baik pengendalian masuk dan keluarnya. Percubaan mengepam di waktu malam hari sewaktu anak-anak dan suami tidur dengan lenanya ialah cabaran utama untu...