Akak Fina dah sekolah, Fiqah pula makin bertambah usianya. Sudah memasuki usia 1 tahun 1 bulan. Makin rajin 'explore' dan belajar berdasarkan perkembangan kendiri serta belajar dari sifu terdekatnya - akak Fina . Apa yang akak Fina buat di rumah, mula-mula dia tengok jer. Lepas tu dia cuba buat sendiri pula. Contohnya : Akak Fina sibuk tulis kat kertas, Fiqah pula tulis di tapak tangan. Silap-silap kat lengan dengan kaki pun ada dicontengnya. Gambar terbaru saya;) Jalan-jalan gi shopping. Akak Fina rajin tolong tolak saya kalau pergi shopping. Saya layan jer, asalkan boleh ikut. Fiqah dah pandai apa sekarang ya: Pandai buat nangis olok-olok bila mahu dilayan, didukung, nak nenem, nak makan, nak itu, nak ini. Kuat makan. Semua benda yang dinamakan makanan Fiqah nak rasa dan nampak sedap di matanya. Bila nak nenem, dah pandai minta sendiri dan selak apa yang perlu dengan sendiri. Tak boleh tengok akak Fina mandi, mesti nak join sekali dalam bilik air...