Kehadiran 3rd baby
3rd baby ~ 17 minggu Panjang bayi anda sekarang hampir 13sm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan. ***************************************************************************************** Mengandung 3th baby tak lah sehebat auranya jika dibandingkan dengan anak sulung. Saya rasa semua orang begitu. Jika anak sulung, begitulah menjaga dan memanjakan diri bersungguh-sungguh. Tak larat, asyik nak tidur dan berehat. Yelah, tak ada gangguan lain. Kat rumah pun duduk berdua sahaja dengan suami. Bila dah masuk anak no. dua, gagahkan diri juga untuk menjalani aktiviti harian. Kurang sikit manja dan mengada-ngada, terutamanya untuk dilayan si suami. Kadang-kadang kat ofis, larat jer, bila balik rumah, tengok muka suami, semua kerja jadi tak larat nak buat. Ha2..pengalaman men...