Mama tengah rajin buat makanan untuk Fittri.Untung perut Fittri kan. Kalau mama malas, nampak gayanya Fittri kena makan bubur sahaja kat Taska. So, Fittri doakan mama rajin & yang penting Fittri jangan suka menangis bila mama tak pegang atau duduk dekat awak. Baru senang mama nak masak ;) Menu : Bubur Nasi Cara-caranya : Cuci 2-3 pot beras dan toskan airnya. Jemur hingga kering. Selepas kering kisar hingga halus menggunakan blender bahagian kering. Simpan dalam bekas. Bila nak masak, cuma ambil 2-3 sudu campurkan dengan air kosong dan masak hingga kembang. Jangan letak sebarang bahan perasa kerana usus baby masih belum bersedia untuk menerima perisa tambahan. Kalau nak ada rasa sedikit, letakkan air susu ibu. Fittri dah makan bubur minggu lepas, masih terkulat-kulat dia nak menelan bubur. Baru belajar makan, dah tak nak telan, disembur-sembur pula bubur tu. Menu : Puri Epal Merah Cara-caranya : Buangkan kulit epal, potong kecil-kecil dan kukus hing...