Menangis

Hari pertama kelahiran Fittriah, malamnya dia menangis kuat. Suara yang nyaring dan susah nak reda tangisannya walau telah diberi susu. Mama dan baba panik sekejap kerana pengalaman menjaga akak Fina dan akak Fiqah, tak pernah lagi menangis sebegitu. Dalam pantang pula,awal-awal kelahiran Fittri susah tidur. Kadang-kadang tidur awal selepas itu berjaga hingga pukul 1 pagi. Hari-hari berlalu pergi, Fittri makin membesar dan mengekalkan suara tangisannya yang kuat.


Masuk bulan keenam, Fittri tak mahu ditinggalkan seorang. Nak berdukung dan selalu menangis bila diletakkan. Bila nampak mama lagi kuat suaranya sebab nak mama ambil dia. Kalau mama baring dan duduk dengan dia, elok sahaja dia main-main tak menangis. Baba cakap gejala ini akan berkurangan bila Fittri dah merangkak nanti.Harap-harapnya!

Setiap pagi saya akan menyusukan dia hingga kenyang. Sebelum masuk kereta baba akan dukung dia kalau dia tak tidur. Sebab Fittri akan menangis bila kena letak. Samalah rutin bila saya balik kerja, memang baba kena pegang dahulu sebelum saya sampai ke rumah. Fittri agak lain cara menjaganya jika dibandingkan dengan akak-akaknya dahulu. Terutamanya bab menangis dia. ha2.Apapun, jauh dalam sudut hati saya, pagi-pagi nak meninggalkan anak-anak sebelum dihantar ke taska, bagai sayu rasa di hati. Tak tahu kenapa, mungkin itu naluri keibuan. Lebih-lebih lagi bila tinggalkan anak dengan kedengaran sayup suara tangisan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu