09 October 2014

Fittri 6 bulan


Saya telah pun berusia 6 bulan. Mama dah ajar saya makan. Saya suka makan puri buah daripada bubur. Sebab rasa puri buah tu manis-manis. Kalau makan bubur, saya rasa tersekat kat tekak. Saya sembur-sembur ke muka mama sebab saya rasa ada benda biji-biji masuk mulut saya. Hobi saya sekarang, saya tidak suka tinggal seorang. Kalau boleh saya nak mama baring-baring, layan dan pegang saya setiap masa. Saya suka menangis bila tak nampak mama depan saya. Selagi tak ada orang ambil saya, saya akan menangis dan menangis. Mama cakap volume suara saya kuat. Barulah ada orang nak layan saya kalau saya nangis kuat kan. Saya suka bila tengok akak Fina. Riang gembira saya gelak ketawa bila dengar suara akak Fina. Tak tahulah kenapa, mungkin saya rasa akak Fina punya suara macam Raja Lawak. Dan akak Fina suka nyanyikan saya lagu. Memang geli hati saya dengar lagu akak Fina tu. Lagu Frozen dan lagu Papaku Pulang Dari Kota versi pelat. Ha2.


Owh, saya dah pandai duduk tau. Seminggu saya berlatih duduk sendiri. Sekarang bila saya reverse ke belakang ,saya angkat kaki sikit, lepas tu saya duduk. Mama cakap saya cepat betul belajar duduk. Belum merangkak, saya dah duduk dahulu.  Bila boring, saya sembur-sembur pula buat bumbling. Selain nama Fittriah, kat kampung nenek, mak sedara saya semua panggil saya Intan. Itu nama timang-timangan saya. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails