Makanan Fittri 6 bulan

Mama tengah rajin buat makanan untuk Fittri.Untung perut Fittri kan. Kalau mama malas, nampak gayanya Fittri kena makan bubur sahaja kat Taska. So, Fittri doakan mama rajin & yang penting Fittri jangan suka menangis bila mama tak pegang atau duduk dekat awak. Baru senang mama nak masak ;)

Menu : Bubur Nasi 
Cara-caranya : 
Cuci 2-3 pot beras dan toskan airnya. Jemur hingga kering. Selepas kering kisar hingga halus menggunakan blender bahagian kering. Simpan dalam bekas. Bila nak masak, cuma ambil 2-3 sudu campurkan dengan air kosong dan masak hingga kembang. Jangan letak sebarang bahan perasa kerana usus baby masih belum bersedia untuk menerima perisa tambahan. Kalau nak ada rasa sedikit, letakkan air susu ibu. Fittri dah makan bubur minggu lepas, masih terkulat-kulat dia nak menelan bubur. Baru belajar makan, dah tak nak telan, disembur-sembur pula bubur tu.

Menu : Puri Epal Merah
Cara-caranya : 
Buangkan kulit epal, potong kecil-kecil dan kukus hingga lembut. Biarkan sejuk dan blender hingga halus. Masukkan dalam bekas kecil dan simpan dalam peti sejuk. Esoknya bekalkan ke taska dan pesan pengasuh untuk panaskan seperti cara panaskan susu EBM. Minggu ini Fittri makan puri epal kat taska. Apa yang saya baca, mulakan solid food dengan rule 4-5 hari beturut beri baby makan benda yang sama. Lepas itu, baru tukar ke menu lain.

Dua menu tu yang dah saya cuba. Minggu depan ingat nak buat puri buah pir pula. Kalau nak travel, buat puri pisang atau betik adalah pilihan yang mudah. Sebab hanya perlu lenyekkan dan beri baby.

Sebenarnya puri buah dan puri sayur boleh disimpan hingga 3 bulan dalam peti ais bahagian beku seperti kita uruskan frozen EBM. Tapi setakat ini saya tidak bercadang untuk buat stok frozen puri kerana saya cuba merajinkan diri untuk buat 1 jenis puri sebagai stok 1 minggu Fittri sahaja. Barulah Fittri akan makan solid food yang fresh hasil air tangan mamanya.

Ini contoh bekas puri yang saya gunakan. Boleh juga tengok website ini http://www.babycubes.com/

Bekas ini senang kerana dah siap bertutup dan boleh isi puri mengikut jumlah yang boleh baby makan. Dah lama beli bekas ini, masa Fiqah kecil dahulu. Jadi boleh gunakan untuk sediakan solid food Fittri pula. 

Memandangkan perut baby masih kecil, jadi jangan risau jika dia tak habis makan. Solid food diperkenalkan untuk biasakan baby dengan makanan sahaja, bukannya nak suruh baby makan dengan jumlah yang banyak. Pendekatan awal terhadap pengenalan makanan. Dan susu ibu masih diteruskan hingga usia baby 2 tahun.

Fittri baru belajar makan 5 hari. Masih banyak masa untuk belajar tentang makan dan banyak masa untuk mama belajar buat resepi baby.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu