Hari Ibu


Selamat Hari Ibu. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu. Hidup akan sepi tanpa kehadiran seorang ibu. Betapa banyak jasa dan pengorbanan ibu dari kita kecil hingga dewasa. Beruntunglah kawan-kawan yang masih mempunyai ibu kerana berpeluang mencurahkan kasih sayang di dunia ini. Dalam satu perkongsian ilmu yang saya pernah dengar, Allah memberi sifat lupa terhadap manusia. Contohnya ketika kita kehilangan orang yang dikasihi, rasa kesedihan di hari kejadian adalah tidak sama dengan rasa sedih yang dihadapi pada sebulan selepasnya. Hari berganti bulan, berganti tahun dan akhirnya rasa sedih itu akan hilang sedikit demi sedikit. Begitulah insan, Allah beri kekuatan untuk 'melupakan' sesuatu dengan cara-Nya yang tersendiri.

Arwah mak pergi meninggalkan saya ketika saya berusia 12 tahun. Masa itu adik saya berusia 8 bulan. Mak baru berusia 38 tahun ketika meninggalkan kami semua. Telah hampir 22 tahun berlalu, dan dengan wujudnya rasa lupa itu menjadikan saya tabah meneruskan kehidupan. Bulan Mei adalah bulan sambutan hari ibu dan juga tarikh arwah mak pergi berjumpa Pencipta nya. Al-Fatihah.

Kasih sayang bukan diukur semata-mata dengan sejauh mana ingatan kita terhadap insan tersayang, tetapi cara kita melakukan sesuatu dari hati untuk menyampaikan rasa sayang itu dan tentunya berlandaskan jalan Allah. Terpisah semua amalan apabila insan meninggal dunia kecuali 3 perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh.

Fina, Fiqah dan Fittriah, 
Mama harap mama diberi peluang untuk melihat anak mama membesar dan menjadi insan yang baik. Ingat pesan mama, jangan sesekali menghalalkan sesuatu yang haram. Itu panduan asas yang perlu kalian patuhi untuk menjalani kehidupan ini.

Comments

  1. selamat hari ibu az. semoga kita sama2 dapat membesarkan anak2 dengan baik.

    ReplyDelete
  2. alfatihah
    sedeynya baca entry ni tetiba teringat adik msa kerja mb dlu. mak adik tu mninggal masa dia bby
    kendian dibesarkan oleh nenek hingga skrg ddk dgn nenek.
    kakak dua orang dh kawin.
    ayah kawin lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..