Sabar

3 puteri saya semakin membesar. Setiap hari ada sahaja kerenah dan telatah mereka yang menghiburkan hati serta yang menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu. Tidak dinafikan, menjaga anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakala rasa terguris hati dan menyesal bila marahkan anak-anak. Saya selalu berkata dalam diri, masa kecil dahulu saya juga begitu. Selalu juga saya katakan dalam diri, berapa jam sahaja masa yang perlu saya peruntukkan setiap hari pada waktu bekerja untuk anak-anak saya. Balik kerja jumpa mereka jam 6 petang. Lebih kurang jam 10 malam semuanya dah tidur. 4 jam sehari waktu yang berkualiti dengan mereka pada Isnin hingga Jumaat. Hakikatnya, 4 jam yang ada tersebut dilalui dengan pelbagai ragam mereka. Ada masa mereka bergaduh, ada yang tumpahkan air, makan bersepah, buang air besar, terkucil, menangis,gelak ketawa, main kejar-kejar, sepahkan mainan dan macam-macam lagi. Seharian Fina bersekolah manakala Fiqah dan Fittriah di taska, ten...