Ramadhan bakal menjelang. aku duk sibuk search article2 mengenai penyusuan susu ibu ketika berpuasa. (Kuih raya tolak tepi dulu). Kira2 sebagai persediaan BF semasa bulan Ramadhan. Risau juga, sebab tahun ni first time berpuasa BF fina. bulan poser last year aku tgh mengandungkan fina 7 bln. Kejap aje masa berlalu rupanya. Antara tips2 yang dapat aku pelajari dan berguna untuk digunakan sepanjang Ramadhan ini ialah : Perkara paling utama - setkan minda bahawa susu ibu tetap mencukupi walau ibu berpuasa. Fahami konsep demand&supply. Jangan berhentikan BF walaupun ketika berpuasa. Bersahur dan berbuka dengan makanan seimbang (ikut zat2 makanan). Elakkan dari tertinggal sahur. Banyakkan makan kurma. Banyakkan minum air kosong, jus, soya, buah-buahan dan sayuran. Elakkan kopi, nescafe, teh, minuman sejuk (ais) dan soft drinks. Makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu badan seperti lobak putih, jantung pisang, sawi putih, ikan tenggiri, sardin, tauhu, daun kucai, oat, nestum dan la...