Aktiviti Fina..


Fina sejak dah masuk 7 bulan setengah ni, kuat masuk benda dalam mulut. yg peliknya, time aku bagi dia bubur nasi, susah pulak nak makan. benda yg tak boleh makan tu, laju je dia nak makan. sampai besi buai pun nak dimasuk dalam mulut dia tuh(tak caya, tgk gambar di bawah). tikar buluh tu pun nak dijilatnya. sekarang ni fina baru angkat buntut sikit2. meniarap reverse dulu. pastu berpusing2 satu tilam toto tuh. ade satu malam bulan lepas, aku bangun pi tandas. tiba2 dengar baba fina jerit. rupa2nya fina dah terselit tepi katil. baba fina dengar suara fina, ingatkan fina kat ruang tamu, cari2 tak de, rupa2nya terselit tepi katil..nasib baik ade bantal kecil kat tepi katil tu. tak la fina terjatuh ke bawah terus.sejak hari tersebut, sebelum tidur, menjadi rutin baba fina ler letak bantal kat tepi2 katil sebagai 'kubu' elakkan kejadian tersebut berulang lagi. biase la baba fina, memang manjakan fina sangat2. tak boleh la fina tu terjatuh sikit..hi2..


Sekarang ni kalau bawak fina jalan2, pi kenduri kawin ke, shopping ke, kedai makan ke, fina dah under control dah. kira tak buat hal, tapi dengan 1 SYARAT utama, kene bagitau dia ape program hari tu.kalau nak pegi Giant, kene ckp dgn dia, petang ni mama nak bawak fina pi giant. baru dia baik pi jalan2. dan yg aku perasan, kalau pegi mana2, mesti ade org nak pegang fina. mungkin geram tgk baby montel kot. kalau time makan pulak, ade la org lain tolong pegangkan fina. senang sikit aku nak makan. fina, kalau ade yg tak kena kat dia, baru dia mengamuk.mcm org tu dukung dia rasa tak selesa, selamba je dia merengek2 yg maksudnya tak nak ler tu.


Sejak virus H1N1 merebak, kami kurangkan keluar ke tempat2 yang ramai orang. risau juga bawak fina kat tempat2 gitu. yela, takut terkene jangkitan virus. sekarang ni memang musim sakit.cuaca pun jerebu jer. setakat ni, alhamdulillah, fina sihat. tak diserang batuk atau selsema. mudah-mudahan kami sekeluarga dilindungi daripada wabak penyakit yang sedang dilanda negara.

ni ler gambar2 terkini fina...(mmm, agak2 raya ni sempat ke tak fina belajar merangkak)..


ade hati nak makan besi tuh..(pandangan sisi, hidung sama tinggi dgn pipi, boleh..)

ni ler keje fina, asyik mengundur je ..

tak lama lagi, masuk ler kaki fina kat bawah sofa tuh..(cepat2 la baba dtg menyelamat)




acara bumbling...bruuurrr..bruurrrr...

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu