Ramadhan kali ini..

Ramadhan kali ini tambah berseri dengan kehadiran FINA dalam keluarga kami. 3 hari berpuasa, fina pun turut bangun sahur. tau2 je mama dia tak de sebelah. First day puasa, aku rasa goyang gak. Direct BF fina mcm biasa. bila dah petang rasa haus semacam jer. Aku minta abg tlg bagi fina frozen EBM, tapi fina tak nak. rasa membazir je pulak susu tu. kalau time cuti, memang fina tak nak botol langsung. kira botol tu untuk isnin hingga jumaat je. time mama dia keje. sabtu & ahad, sorry ler dia nak minum susu dari botol tuh.sabar je la.
Second day pulak, aku rasa ok sikit. bertenaga sampai petang. kurang letih. sepanjang awal ramadhan ni, aku memang amalkan makanan yg boleh maintainkan susu. harapan aku agar pengeluaran susu aku mencukupi untuk mengenyangkan perut fina. tak ape lah walau tak semeriah dulu pun, yang penting pengeluaran susu aku tetap maintain dan moga2 aku dapat melalui Ramadhan dengan ketenangan. Tapi jangan hanya mengharap jer, kene gak berusaha. Masuk 3 hari berpuasa ni, aku amalkan makan kurma, soya, buah-buahan. Yang penting, makan makanan berkhasiat dan seimbang. Sebelum waktu imsak, aku amalkan membaca Surat Al-Khautsar sebelum minum segelas air. Niatkan dalam hati, mudah-mudahan aku tidak berasa haus sepanjang hari berpuasa. Aku penah terbaca tips2 BF ketika berpuasa dlm blog kawan2 yg seangkatan. dan petua2 itulah aku cuba amalkan ape yang termampu.
Semasa berpuasa sebenarnya Allah mengurniakan ganjaran yang besar terhadap kita yg bergelar sebagai seorang isteri dan ibu. Memang agak penat bila berpuasa. Rutin harian bertambah,mcm aku, awal pagi bangun untuk siapkan juadah bersahur, menyapu rumah, BF fina sebelum pegi kerja, hantar fina ke rumah pengasuh, drive ke tempat kerja. 8 pg hingga 5 ptg ofis hour. petang, balik rumah mandi & solat, ambil fina pkl 6 ptg, layan fina BF dulu, pastu siapkan juadah untuk berbuka puasa dan byk lagi la utk disenaraikan. Memang agak meletihkan jika dibandingkan waktu bujang2 dulu kan. kdg2 bila penat sangat, rasa nak membebel je.tapi itulah lumrah sebagai seorang ibu yg bekerja. kene pandai bahagikan masa. sama gak kalau jadi suri rumah tangga SEPENUH MASA. ade jer keje rumah yg nak dilakukan. macam tak pernah habis. masa2 ni la peranan suami meringankan beban isteri, syukur, abg seorang yg memahami. memang diakui abg rajin tolong aku buat kerja rumah.tq abg..
Bukan sesaje aku nak merungut bln2 poser ni, tapi itulah realiti yang dihadapi oleh smua wanita. Sebagai seorang isteri dan ibu, anggaplah smua yg kita lakukan semata2 demi mencari keredhaan Allah. bila niat kita murni, insyaAllah tuhan mempermudahkan tugasan kita seharian. bila tengok wajah suami & anak yang ceria, serta merta segala keletihan&kepenatan tu akan hilang dengan sendirinya. kadang2 aku terfikir, ade orang lagi teruk & susah daripada diri aku..syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan dan nafas kepada aku untuk menghadapi Ramadhan kali ini. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..