Persediaan BF ketika Ramadhan.

Ramadhan bakal menjelang. aku duk sibuk search article2 mengenai penyusuan susu ibu ketika berpuasa.(Kuih raya tolak tepi dulu).Kira2 sebagai persediaan BF semasa bulan Ramadhan. Risau juga, sebab tahun ni first time berpuasa BF fina. bulan poser last year aku tgh mengandungkan fina 7 bln. Kejap aje masa berlalu rupanya.
Antara tips2 yang dapat aku pelajari dan berguna untuk digunakan sepanjang Ramadhan ini ialah :
  • Perkara paling utama - setkan minda bahawa susu ibu tetap mencukupi walau ibu berpuasa.
  • Fahami konsep demand&supply. Jangan berhentikan BF walaupun ketika berpuasa.
  • Bersahur dan berbuka dengan makanan seimbang (ikut zat2 makanan).
  • Elakkan dari tertinggal sahur.
  • Banyakkan makan kurma.
  • Banyakkan minum air kosong, jus, soya, buah-buahan dan sayuran.
  • Elakkan kopi, nescafe, teh, minuman sejuk (ais) dan soft drinks.
  • Makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu badan seperti lobak putih, jantung pisang, sawi putih, ikan tenggiri, sardin, tauhu, daun kucai, oat, nestum dan lain2.
  • Teruskan jadual pengepam seperti biasa sewaktu bekerja.
  • Banyakkan BF ketika waktu malam.
  • Berdoalah agar kita diberikan kekuatan dan dipermudahkan untuk menjalani kedua-dua ibadah ini. Susu ibu adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah terhadap anak kita dan jika telah ditentukan rezeki untuknya, pasti ada jalan untuk rezeki itu sampai kepada bayi kita dengan apa cara sekalipun.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberikan makna dan keberkatan ke atas kami sekeluarga. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu