Cerai


Mama kata Fina dah besar. Fina dah 2 tahun 5 bulan. 2 minggu ini, Fina dah tak mintak nem dengan mama lagi. Fina dah boleh minum air 'lo'(susu tepung + ovaltine). Sedap..

Terima kasih mama sebab nem kan Fina selama ini.

Fina nak possing tanda terima kasih kepada mama.



Satu





Dua



Tiga




Fina sayangkan mama. Walaupun Fina dah tak nem lagi, tapi hari-hari Fina nak tidur di lengan mama. Fina tau, mama dan baba sangat sayangkan Fina kan:)


*********************************************************************



Alhamdulillah, perjalanan BF saya telah berakhir di sini. Satu titik noktah yang saya akhiri dengan seribu satu kepuasan. Membesarkan seorang anak dengan susu sendiri dalam tempoh 2 tahun 5 bulan, merupakan satu kenikmatan dan tanggungjawab saya terhadap insan yang saya kandungi selama 9 bulan 2 hari. Rasa bertuah kerana saya diberi peluang dan dipermudahkan oleh-Nya dalam mencapai matlamat ini.


Buat Fina, mama halalkan setiap titik susu yang mengenyangkan perut Fina dari Fina berusia sehari hingga 2 tahun 5 bulan. Moga Fina membesar menjadi insan yang berguna.


Memang agak sukar pada awalnya untuk 'bercerai susu' . 2 minggu pertama, Fina menangis bila tak diberi BF. Tidur malam pun tidak nyenyak. Fina kerap demam, kejap-kejap demam. Tak kebah habis. Saya kurangkan setiap hari sesi BF. Kalau sebelum ini 4-5x, saya hanya beri 2x atau 1x sehari. Setiap hari, sedikit demi sedikit saya biasakan dia dengan minuman lain seperti air kotak, vitagen, ribena, nutrigen, susu kotak dan makanan yang dia suka. Start Sabtu lepas, saya belikan ovaltine. Cuba campurkan dengan susu formula. Alhamdulillah, Fina boleh menerima susu yang dipanggil 'air lo' - air milo. Rasanya lebih baik daripada Fina minum air soya kotak pada setiap malam. Fina masih sama, ketika di taska, tidak minum susu. Cuma bila dirumah, dia akan minta bila dia nak 'air lo'. Tidur malam pun senang, bangun minum susu sekali semalam. Pagi dalam kereta minum sebotol lagi dan roti high 5 perisa coklat/vanila. Sudah tidak meragam dan tidak minta BF lagi. Syukur, Fina dah sesuaikan diri setelah bercerai susu.

Comments

  1. Wah....berjaya jugak akhirnya kak Az menyusukan Fina sampai 2 tahun lebih.... (**)
    Tahniah2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..