Bersama

Akak Fina dengan Fiqah banyak meluangkan aktiviti bersama. Maklumlah, itu sahaja kawannya di rumah. Kadang-kadang baik sangat mereka berdua, kadang-kadang duduk dekat pun tak boleh. Fiqah pun dah makin faham apa orang cakap. Jadi bila akaknya marah dia, dia selamba je lawan balik. Dengan gaya bahasa baby lah. Comel dan terasa riuh rumah dengan suara anak-anak. Dan akak Fina masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang yang manja daripada adik. Tak boleh adik lebih sikit. Share gambar dua beradik ini tengah bermesra;) Hisap botol bersama. Fiqah tu, bila tengok akaknya hisap botol, dia pun nak. Padahal bukan dia minum sangat pun. Habis tumpah ke baju. Mamanya isilah air sedikit untuk melayan kerenahnya. Kalau tak, berebut dengan akak Fina. Sama tak rupa kami???? Possing gedik-gedik pula. Yeay! dah habis, possing gaya bebas.. Banyak lagi aktiviti bersama mereka berdua. Paling selalu ialah main air bersama. Dua-dua suka berendam dalam bilik air....