DIY Aiskrim

Memenuhi tempahan cupcakes pelanggan, sempat lagi bershopping acuan aiskrim untuk Fina dan Fiqah di Yummie Bangi. Keluar di waktu rehat hari Jumaat, memang agak semput untuk bershopping. Lebih-lebih lagi, bila bos ada. So, tak boleh balik lewat. Kalau bos tak ada pun sebenarnya kene balik awal juga, cuma tidaklah terlalu mengejar masa yang tepat . Bekas aiskrim potong ini berharga RM3.50 sahaja. Ada 4 acuan sekali dengan batang aiskrim. Cuti hujung minggu saya buatkan aiskrim strawberry bandung untuk Fina dan Fiqah. Suka diaorg dapat aiskrim mama nya buat. Ayat Fina ~ hebatnya mama..ha2..Kagum anak-anak bila mama boleh buat aiskrim sendiri . Aiskrim strawberry yang sudah siap **Tips untuk keluarkan aiskrim daripada bekas : lalukan dulu bekas aiskrim di air paip dan kemudian baru tarik keluar . Satu untuk akak Fina Satu untuk baby Fiqah F&F tengah menikmati aiskrim..yumm-yumm Fiqah, tersenget-senget kepala makan aiskrim...