Fiqah 1 Tahun 6 Bulan


Fiqah dah 1 tahun 6 bulan ++.
 
Banyak yang dia dah pandai buat sekarang :
 
  • Pandai nak ikut baba bila tengok baba keluar dari pintu rumah.
  • Buat-buat nangis.
  • Suka ckp "akit"(sakit), tunjuk kat kaki, kat tangan.
  • Bila cakap "cantiknya baju Fiqah", suka sangat dia, sambil goyang-goyangkan badan.
  • Bila tanya "siapa buat baby?", dia tunjuk kat baba atau akak Fina.
  • Nak ikut akak Fina main basikal kat luar. Tapi bila naik basikal, tak bergerak pun dia atas basikal tu.
  • Boleh faham arahan ringkas - masuk baju kotor dalam bakul, hantar botol susu ke sinki, suruh cuci tangan. Bab ini akak Fina memanglah suka, dia yang arahkan adik dia ambil itu ini.
 
Dah reject EBM saya, hanya minum air susu kotak/milo/nutrigen/vitagen. Kes Fiqah sama dengan Fina dahulu. Dia hanya nak minum susu ibu direct dengan saya di rumah. Kalau di taska, kuat makan, tapi tak nak susu yang saya pam. Dengan itu, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah berhenti mengepam susu di ofis. Tetapi masih direct BF di rumah. Alhamdulillah, dah tak perlu risau stok susu lagi. Dan yang paling penting, tak risau masalah kurang susu di bulan Ramadhan. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan urusan saya. Ada lagi 5 bulan untuk saya capai target saya. Walaupun tidak lagi mengepam, saya cuba untuk meneruskan BF Fiqah untuk tempoh masa ini. Jika ada ibu yang ada kes sama macam saya, tak perlu risau jika anak reject EBM. Lagipun anak dah pandai makan, dan tidak semestinya mereka hanya perlu bergantung kepada susu ibu sahaja. Ini berdasarkan pengalaman saya. Lagipun Fiqah dah tukar di bahagian todler di taskanya. Dia lama duduk bahagian baby. Mungkin persekitaran taska seharian yang membolehkan Fiqah bercampur dengan kanak-kanak yang lebih besar, membuatkan dia tidak mahu minum dalam botol lagi. Dan mungkin juga faktor pemakanan yang diambil, jadi dia lebih banyak makan/minum alternatif lain selain susu ibu. Apapun, saya bersyukur kerana saya sampai ke tahap ini. Sekurang-kurangnya saya telah berusaha sehabis baik untuk memastikan target penyusuan selama usia 2 tahun anak saya tercapai.
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..