Perjalanan BF Fitri

Stok EBM dalam pantang Alhamdulillah, rezeki untuk 3rd baby dipermudahkan urusan penyusuannya. Fitri masih fully breastfeed tanpa topup dengan susu formula. Stok susu nak kata banyak, tak banyak, nak kata sikit tak sikit. So, kira cukup-cukup untuk rotate penggunaan Fitri selama seminggu. Jadual pam di ofis masih sama : Sesi pertama - jam 10.30 pagi ke atas. Sesi kedua - jam 1.30 petang (waktu rehat) Sesi ketiga - jam 4.30 ataupun pukul 5 petang (time balik dalam kereta) Sehari bekalan Fitri sebanyak 4 botol di taska. 1 botol lebih kurang 3oz-4oz. Selalunya habis 4 botol. Jadi untuk penggunaan harian, bekalan susu Fitri saya akan bekalkan 2 botol susu fresh dan 2 botol lagi guna stok frozen EBM. Susu yang pam kat ofis, kalau ada lebih saya jadikan stok EBM. Cuma semasa bulan Ramadhan tempoh hari, pengeluaran susu agak terjejas. Lagipun baru masuk kerja dan badan belum sesuai lagi dengan jadual pengepaman. Jadi saya banyak guna stok EBM untuk topup bekalan ke ...