Update 3F


Jarang dapat tangkap gambar 3F bersama-sama. Inipun gambar tak ready sebab semua tak nak duduk diam. Mama pun jadi malas nak suh semua pandang kamera handfon. Jadi ini jerlah gambar yg  nampak muka 3F dengan Fittriah duk kagum tengok akak Fiqah dia..ngerrrrr....

Update 3F

Fina
  • Suka bercakap dan bertanya itu ini.
  • Kadang-kadang rajin sangat kemas rumah, kadang-kadang suka buat sepah.
  • Kadang-kadang main baik-baik dengan Fiqah, kadang-kadang suka buat Fiqah sampai Fiqah menangis.
  • Kalau dengan Fiqah, Fina suka sakat, tapi dengan Fittri lain pula. Fina suka layan dan jaga Fittri. Bila adik dia menangis, dialah yang duk menyanyi atau dukung adik dia.
  • Masih cakap pelat.
  • Suka menulis dan melukis.
  • Suka tengok karton Wix Club. 
  • Dalam apa keadaan, Fina lagi manja daripada adik-adiknya. Anak sulung memang begitu kan. 
Fiqah
  • Bulan depan akan berusia genap 3 tahun.
  • Sangat rapat dengan babanya.
  • Pandai bergaduh dengan kakak Fina.
  • Fina adalah idola dia, apa yang kakak buat, dia akan tiru.
  • Petah bercakap dan tidak pelat sangat.
  • Masih pakai pampers. Belum ada masa sesuai nak ajar dia free-diapers.
  • Suka pakai baju frozen. Hari-hari pakai baju frozen pun tak apa.
  • Dah pandai marah orang dengan suara halus dia..Fiqah cakap lemah lembut, tu bila marah kelakar jer intonasi dia.
Fittriah
  • Sudah berusia 7 bulan setengah.
  • Pandai merangkak dan cari mama sampai ke dapur sekarang.
  • Saiz badan kecil sahaja tapi sangat aktif.
  • Dah belajar nak berdiri sendiri.
  • Masih mengekalkan reputasinya yang kuat menangis. Nak mama duduk dengan dia aje. Kadang-kadang menangis tak ada air mata pun, saja buat menangis agar mama atau baba ambil dia.
  • Minat dengan makanan dan dah pandai makan solid food. Bila tengok orang makan dia nak jugak.

Gambar yang ini 3F pandang depan tapi Fittriah bergerak pula. Jadi blur muka Fittriah. Nanti tunggu dah besar sikit baru boleh mama tangkap gambar 3F comel-comel ye.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu