Jangkitan kuman

Fittriah awal bulan ini tumbuh bintik-bintik merah berair kat bawah leher dia. Mula-mula tumbuh sikit, lama kelamaan makin merebak hingga ke dagu dan bawah pipi. Saya dan abang bawa ke Klinik Penawar di Semenyih. Masa tu baru naik bintik sikit sahaja. Doktor beri ubat sapu dan serbuk purple untuk dijadikan mandian. Malangnya makin teruk leher Fittriah. Bila taska beritahu tumbuh bintik banyak macam kena chicken-pox, saya pun minta halfday, pergi ke Klinik Kesihatan Beranang untuk jumpa doktor. Hujan lebat, pergi dengan kakak Fina sahaja. Fiqah pula tinggal kat taska dulu. Nasib baik tak tunggu lama. Doktor cakap kena jangkitan kuman/bakteria. Doktor beri ubat antibiotik untuk makan selama 5 hari dan krim sapu. Alhamdulillah, selepas 5 hari kulit Fittriah telah kering. Dan bintik-bintik merah berair tak tumbuh yang baru. 

Sebelum makan antibiotik

Selepas 3 hari (kulit dah kering dan hilang bintik merah berair)

Pada permerhatian saya, Fittriah kena penyakit ni sejak saya makan kerang tempoh hari. Mungkin Fittriah alergic dengan kerang. Fittriah lebih serasi dengan ubat di Klinik Kerajaan berbanding klinik lain yang saya pernah pergi. Bila tengok masa awal dia kena, rasa sakit sangat kulit dia sebab berlubang-lubang ada air. Kulit Fittriah agak sensitif dari sejak dia lahir. Masa awal minggu dia lahir, tumbuh ruam besar kat kepala dia. Kali ini kena jangkitan kuman pula pada leher.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu