Wedding @ terengganu

Bersama Teacher Imah




Sempena cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, agenda utama ialah balik ke Terengganu untuk meraikan adik ipar Nurul yang melangsungkan perkahwinannya dengan suaminya yang berasal dari Kedah. Sebelum itu, kami singgah ke Felda Jerangau Barat untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Imah yang dulunya menjadi teacher taska Fiqah dan Fittriah di Semenyih. Fittriah suka sangat dapat tengok teacher dia. Gelak-gelak dia bila dapat jumpa Imah. Terima kasih Imah sebab jaga Fittriah dari kecil. Selamat pengantin baru, moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Usai ke rumah Imah kami pulang ke kampung abang. Majlis Pernikahan diadakan pada hari Jumaat sebelah malam. Satu bas rombongan dari Kedah datang menghantar pengantin. Majlis akad nikah buat kat rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Malam akad nikah Nurul & Azmi
Majlis Persandingan
Ahadnya Majlis kesyukuran dan combine sekali dengan kenduri Akikah untuk Fittriah, anak kak ti (akak ipar) - nadia dan juga anak azli (adik ipar) - hafiz firdaus. Tetamu jemputan pun tak putus-putus yang datang dari pagi ke petang. Minggu ini nak pergi menghantar rombongan di sebelah Kedah pula. Harap-harap Fittriah dah sihat sebelum penghujung minggi ini. Jika tak sihat, susah hati nak bawa dia berjalan jauh. Selepas ini turn adik ipar lagi seorang nak kahwin. Insyaalah majlis akan diadakan pada Ogos nanti.
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu