Klinik Gigi

Jumaat lepas ada perjumpaan dengan guru kelas Fina untuk ambil report kad. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina kali ini ada peningkatan dari segi peratus mata pelajaran. Fina dapat nombor 8 daripada 30 orang murid dalam kelasnya. Dah alang-alang bercuti, saya bawa Fina dan Fiqah untuk buat rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang. Ini kali pertama Fina dan Fiqah jumpa doktor gigi. Itupun sebab saya risau tengok gigi Fina yang telah tumbuh di gusi bawah sebelum gigi susunya patah. Ada sebatang jer gigi susu yang dah patah. Itupun berminggu gigi goyang baru dia nak cabut sendiri. Bila saya nak cabut, dia cakap tak tahan sakit. Dua gigi kekal tumbuh di belakang gigi susu di belah bawah. Jadi gigi tu akan senget atau bertindih kalau tak dicabut segera. Gigi susu patah satu, tumbuh gigi kekal di belakang gigi susu. Tak ramai pelanggan yang tunggu giliran untuk dapatkan rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang pagi itu. Mungkin selalunya pelanggan akan datang kalau gigi dah...